Saturday, November 15, 2008

KEHANGATAN PULANG KE RUMAH!!

assalamualaikum..

hari ni aku da selamat sampai ke rumah..aku naik bas pukul 9 pagi..smpi kat kl tepat pukul 1 ptg..cakap psl bas..aku nak kongsi cerita yg aku alami hari ni..

pg td aku hampir kene tnggl bas kerana aku bertolak dr rumah mak cik aku lambat..aku terpaksa tidur di rumah mak cik aku sehari sblm aku blk kl..nasib baik bas tu tak bertolak lg..alhamdulillah..tak sempat aku nak sarapan atau menjamah apa2 makanan pon..coklat yg mak cik aku bekalkan pon aku malas nak jamah..perot aku nak diisi dengan nasi jer..

aku hanya tidur spjng perjlnn ke kl tu..tak boleh nak buka mate lak..masa da sampai kat plaza tol sungai besi, macam biasa aku kene inform kat driver bus tu yg ak nak turun kat petronas sungai besi...aku tanya pakcik tu cam ni 'encik,nnt tolong benti kat petronas sungai besi yer?'..acik tu jwb smbl jeling kat aku 'kan sy da cakap yg sy mmg akan stop kat sungai besi td..awk x dengar ke td??'..dea balas cam tu??aku tanya dgn penuh berhemah..macam tu lak orng bls kat aku yer..

aku bersabar lg..slps tu,aku da turun..beg aku lak dlm 'bonet' bas tu lak..takkan aku nak buka sendiri lak??da la pintu tu berat..aku mintak tolong acik tu bukakan pintu 'bonet' tu..'encik,tolong bukakan pintu bawah tu'..dea dgn berat hati kene turun gak bukakan utk aku..nampak sgt dea buat muke ngn ak..

'lain kali da tau nak turun kat sungai besi,ambik beg siap2 dulu'..eh2 pakcik ni!!!melampau lak..aku mintak tolong baik2,dea bls cam ni lak..da la tak senyum langsung!!aku pon balas kat
dea "timer kasih byk2 pakcik!!!!!!' sambil tu aku sempat wat muke kat dea..tak kan la aku nak bawak beg roda aku naik atas skali??mana la muat..kalo bas tue besor tak per la gak..

pendapat aku..aku rase tak perlu aku nak hormat kat orang yg tak reti nak hormat kat aku..aku cakap elok2,suare lemah lembut..cam tu lak dea bls..kalo ikutkan hati ni,nak aje aku melawan pakcik tu..tp memandangkan aku ni ade iman lg dan aku tak mau memalukan diri aku dan diri pakcik tu..kepada semua driver bus kat malaysia nie..tolong pergi belajar macam mana nak hormat orang dan belajar bersopan santun kat orng especially cara melayan penumpang2 bas anda..kalau anda hormat penumpang anda,kami akan menghargai jasa anda dan menghormati anda juga..

wassalam..

Thursday, November 13, 2008

makan ke melantak??

assalamualaikum...

seronok rasenya final exam dah habis..tak payah nak stay up lagi..tak payah nak menghafal lagi..huh!!!penat buat semua tu..

disebabkan aku dan roomate aku tension, kami semua telah melepaskan geram dengan membuat sesuatu yang diluar kemampuan kami..'xtxt nie berlaku sebelum paper ctu pada waktu petang..

pada mulanya, 'xtvt' ni dicadangkan oleh shakira kerana dia berkenan nak sangat makan roti canai...aku yang tengah tidur waktu tu hanya mampu memasang telinga dan tak mampu nak membuka mulut kerana ngantuk sangat..aku hanya mendengar mereka berborak bila nak pergi makan roti canai tu..tapi naluri aku kuat mengatakan yang aku nak jugak join pergi makan roti canai tue..dengan tenaga yang ada, aku try jugak buka mata dan aku cakap aku nak ikut gak!!

akhirnya, setelah mendapat persetujuan ramai..hanya 6 orang jer yang ikut 'rombongan' ni..x per la..asalkan leh muat 2 teksi...pagi tue kami makan kat plaza larkin..nasi lemak n roti canai kat situ memang sedap..

pagi tu, kami telah order pelbagai makanan iaitu..jeng3...

aku - nasi lemak ayam goreng, roti telur 1 n milo ais n skyjuice
ummi - roti telur 3 keping ngn orange juice
atim - roti canai 2 keping, nasi lemak ayam goreng n orange juice
sha - nasi lemak ayam goreng, roti telur 1 n teh panas
hawa - nasi lemak ayam goreng, roti telur 1 n teh o panas . sky juice
shakira - nasi lemak ayam goreng n murtabak 1 teh o panas

huh!!!tak sangka perempuan bolah makan banyak ni..mase kami tgh makan, memang orang sekeliling pandang serong kat kami..tapi kami tak peduli..makanan perlu dihabiskan..haha!!pakcik yang buat roti canai pon terkejut kami nak makan roti canai dengan banyak sekali..meja makan kami memang penuh dengan pinggan2 yang bergelimpangan..

kami pulang dengan rasa puas hati dan kekenyangan yang teramat sangat..bila dah balik bilik..semuanya terus ambil bantal dan mencari lokasi yang strategik untuk sambung tidur balik..hahaha!!memang teruk betul perangai kami..petang tu terus ambil paper ctu dengan hati yang gembira..hehehe..

kesimpulannya, kalau kepala otak tue dah terasa tension yang teramat sangat, pergilah makan dengan sepuas-puasnya dan terus tidus selepas makan..insyaallah boleh jawab exam nanti..macam yang kami amalkan ni..hehe..

wassalam..

kesibukan hari-hari terakhir exam..

assalamualaikum..
setelah berperang dengan masa dan suasana yang agak sibuk selama 2 minggu lebih..akhirnya aku dapat menjenguk blog aku semula..

sejak akhir-akhir ni, seluruh badan berasa begitu letih kerana aku begitu belajar bersungguh-sungguh untuk final exam ni..huhu..poyo jer..otak pon dah sakit,mata pon dah letih dan kuyu..memang akan nampak sepasang mataku yang agak kuyu ketika ni..cuti sem ni aku hanya perlukan tidur yang cukup tanpa memikirkan tentang pelajaran lagi..hehe..





study pada waktu malam...kesibukan sehari sebelum exam statistics..



ini lah akibatnya study last minute..memang perangai aku macam ni yang suka study last minute..nak study awal2 pon bukannya masuk otak...hehe..




kesibukan pada waktu siang pula..betapa sibuknya mereka study statistics..konon jer tue.. hehe..

hari rabu petang, kami terpaksa study kat 2 tempat kerana keadaan hujan yang amat lebat pada waktu tu..mula2 kat bawah kolej siswi, pastu terpaksa berpindah ke student center..suasana yang aman dan sejuk pada petang tu menyebabkan aku nak tidur dan aku bagaikan terasa tilam dan bantal melambai-lambai ajak aku tidur..seronoknya..tapi aku kene kuatkan iman dan tabahkan hati demi paper statistics ni..

dan hasilnya...alhamdulillah..dapat jawab semua walaupon terdapat careless mistake akibat kecuaian aku sendiri..

wassalam..

Wednesday, November 5, 2008

tension!!!

assalamulaikum..

minggu nie dah masuk minggu ke2 aku ambil exam...
tinggal lagi 3 paper jer lagi...

memang penat nak kene hadapi sumer nie...
dah berape hari x dapat tdo dengan cukup..
makan pon dah x ikut waktu..
kepale sentiase pening..
memang letih..

3 paper jerk lg..
sabar ye nur farhah..

business communication
macroeconomics
statistics

wassalam..